International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences

search-icon

Data Collection among Orang Asli Community: Exploring the Virtual Trail

Open access
Proses pengumpulan data dalam kajian kualitatif adalah salah satu sub topik penting sesebuah kajian kerana ia mempunyai bentuk data yang berbeza dengan metodologi kajian lain. Kekonsistenan dalam proses pengumpulan data yang dijalankan secara sistematik adalah penting kerana kajian kualitatif lebih banyak menerangkan langkah, proses dan asbab sesuatu peristiwa itu berlaku. Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang pengalaman dan kepentingan proses pengumpulan data dalam kajian kualitatif, khususnya dalam konteks komuniti Orang Asli. Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui proses temubual dan pemerhatian serta nota lapangan merupakan tunjang utama dalam kajian kualitatif. Pengkaji sebagai instrumen utama pengumpulan data perlu berada di dalam situasi yang dikaji serta mendengar dan melakukan pemerhatian ke atas fenomena kajian mengikut kerangka objektif kajian. Persediaan dan perancangan rapi amat penting dalam proses pengumpulan data di mana ia akan dapat membantu pengkaji untuk memastikan kelancaran revolusi penyelidikan ketika di lapangan. Di dalam pengumpulan data untuk komuniti Orang Asli, ia perlu dilihat dari beberapa sudut yang memerlukan perancangan yang rapi kerana proses ini akan memerlukan penggunaan masa semaksimum mungkin seiring dengan rekabentuk kajian yang sesuai dengan keunikan komuniti Orang Asli sebagai satu masyarakat eksklusif. Strategi yang sistematik ini juga penting apabila ia melibatkan Orang Asli sebagai satu komuniti yang berpegang teguh kepada adat dan budaya dengan pola penempatan yang jauh dari arus perdana pembangunan dalam era ledakan maklumat melalui teknologi terutama dalam bidang pendidikan.
Awang, N. A., & Mohd Mahudin, N. D. (2023). Flourishing and learning engagement: The importance of personal best goals. International Journal of Education and Training (InjET), 9(1), 1-9.
Begun, D. A. (n.d.). Working with qualitative data. In Module 4 Chapter 1: Research methods.
Di Serio, Á., Ibáñez, M. B., & Kloos, C. D. (2013). Impact of an augmented reality system on students’ motivation for a visual art course. Computers and Education, 68, 585–596.
Hao, T. J., Mustakim, S. S., Kang, E. K. M. S., Minghat, A. D., & Rahim, A. H. A. (2022). Exploring the needs of alternative curriculum among Bajau pupils in Semporna, Sabah. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(1), 429–437.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia Press.
Mohd Nor, M. M., Sukimi, M. F., & Mohd Nor, M. N. (2018). Kesedaran pendidikan dan minat kerja pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang. Malaysian Journal of Society and Space, 14(1), 72–86.
Nordin, R., Hassan@Yahya, M. S., Rui Fern, V. W., Cherley, M., & Bala Subramaniam, L. (2020). Indigenous Education for the Orang Asli: Legal Perspectives and Best Practises. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(2), 365-383.
Nincarean, D., Phon, E., Ali, M. B., & Dayana, N. (2013). Potensi teknologi augmented reality dalam pembelajaran sains: Satu tinjauan terhadap penyelidikan lepas. In Second International Seminar on Quality and Affordable Education, Isqae.
Yusoff, C., Ghazali, N., Sulaiman, P., Rizhan, W., Hanid, M. F., & Yong Fatt, C. (2024). The development concept of enhanced visualization-based augmented reality applications in education. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 14(1), 221–228.
Yusof, M. M., Jalil, H. A., & Perumal, T. (2023). Meneroka penggunaan pengaturcaraan berasaskan blok melalui pendekatan pembelajaran multimodaliti untuk projek robotik dalam kalangan murid sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 9(Isu Khas), 1-10.
Borhan, H. B., & Rahim, N. A. A. (2024). Data Collection among Orang Asli Community: Exploring the Virtual Trail. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 14(12), 2917–2929.